
Assalamualaikum Warahmatullah,
Alhamdulillah, sejak laman weblog ini dibuka beberapa bulan yang lalu, kami mendapat banyak permintaan supaya dibuat satu komuniti / kelab khusus untuk para pengunjung yang kerap ke laman ini. Apabila ada kelab khusus, maka kita semua InsyaAllah, dapat mengeratkan lagi ukhwah persaudaraan Islam kita dari Seluruh Malaysia mahupun yang di berada di luar negara, berbincang tentang pelbagai isu, bertukar pendapat & melakukan aktiviti-aktiviti amal secara berjamaah.
Seperti yang dijanjikan, kami sentiasa akan memperbaiki & menaik taraf laman weblog yang simple ini supaya ia menepati kehendak ramai & menjadi ‘mantop’. Dan, untuk pengetahuan semua, webmaster HaikalRecords dah pun setupkan laman forum untuk tujuan murni ini, cuma perlu ‘customization’ sedikit.
Sehubungan itu, kami mempelawa ikhwan & akhawat semua untuk beramai-ramai menyertai “KELAB UKHWAH HAIKAL” ini.
Ajak la sahabat-sahabat, rakan-rakan & sedara-mara antum & antunna semua untuk berdaftar. Lagi ramai, lagi bagus dan lebih meriah la kelab ini & laman forum tu nanti. Untuk mendaftar ahli kelab, mudah saja, isi borang online di bawah ini terus, dan automatik anda akan manjadi ahli kelab yang sah & baru boleh join forum.
Laman forum untuk Kelab Ukhwah Haikal akan ready sepenuhnya tak lama lagi. Jadi teruskan mendaftar sebagai ahli yea… Jangan takut… Percuma tanpa bayaran.
Selepas isi borang tu, sila daftarkan sekali nombor telefon anda secara sms untuk anda menerima sebarang info terkini mengenai kelab ini & program-program seperti konsert, show dll perkembangan nasyid yang terkini oleh kumpulan-kumpulan nasyid seluruh Malaysia (bukan Haikal sahaja) . Mudah saja, taipkan:- ON NASYID hantarkan ke 32244. Caj sms tu hanya 50sen sahaja untuk cover cost dengan telco.
cforms contact form by delicious:days
Sebarang pertanyaan mengenai kelab ukhwah Haikal ini, sila emailkan ke ukhwahclub@haikalrecords.com
Terima kasih atas sokongan anda semua.